HASRAT
Hasrat ialah titik tolakdaripada semua usaha untuk memperolehi kejayaan.
Tajuk rujukan muka surat
Inilah langkah pertama untuk menjadi kaya 3
Orang yang membakar jambatan 3
Dorongan yang membawa kekayaan 3
Enam cara untuk mengubah hasrat menjadi kaya 5
Bayangkanlah bahawa anda saorang jutawan 6
Betapa kuatnya pengaruh sabuah impian itu 6
Bagaimana melaksanakan impian itu menjadi kenyataan 7
Hasrat dapat mengatasi kelemahan jiwa kita 8
Satu peristiwa yang merubah hidup 9
Dia menawan dunia baru dengan enam sen 9
Budak pekak yang boleh mendengar 10
Jalan fikiran yang mendapatkan keistimewaan 10
Hasil mwngkagumkan dari gembelengan mental 10
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
FIKIRAN KITA TIDAK MENGENAL BATAS SELAGI KITA MASIH BOLEH
MEMBAYANGKANNYA.
KEMISKINAN DAN KEKAYAAN ITU BERSUMBER DARIPADA FIKIRAN KITA
( 1 )
KEYAKINAN
Kita harus membayangkan hasrat itu dan kita harus yakin bahawa kita boleh memenuhi hasrat itu .
Tajuk muka surat
Langkah kedua untuk mencapai kekayaan. 11
Bagaimana memperkembangkan kekayaan itu . 11
Tidak ada seseorang pun yang di takdirkan untuk
Bernasib buruk.. 12
Keyakinan adalah pemikiran yang didorong oleh pendapat
Sendiri. 13
Keajaiban daripada pendapat diri sendiri. 13
Rumusan yang membina rasa kepercayaan terhadap diri sendiri. 14
Masaalah yang timbul akibat cara pemikiran negatif 15
Kekuatan bakat yang terpendam didalam diri anda. 16
Bagaimana sabuah gagasan boleh membina kekayaan 16
Satu pertemuan jamuan makan yang menghasilkan
Satu billion dolar. 17
Kekayaan itu bersumber dari kekayaan kita. 19
Pendapat sendiri. 20
Langkah ketiga untuk mencapai kejayaan. 20
Lihat dan rasakan saolah olah wang itu sudah berada
Didalam tangan anda. 20
Bagaimana memperkuatkan tenaga tumpuan anda. 21
Enam langkah untuk merangsang keadaan bawah sedar. 22
Rahsia kekuatan mental
SETIAP KESULITAN, SETIAP KEGAGALAN ,DAN SETIAP PENDERITAAN
AKAN MEMBERI MANFAAT DAN FAEDAH YANG LEBIH BESAR.
( 2 )
Inilah langkah pertama untuk menjadi kaya.
Kira-kira lima puluh tahun yang lalu, apabila Edwin C Barnes pertama kali nya turun dari kapal, keadaan dirinya saperti pengemis, namun jalan fikirannya kaya raya saperti saorang raja .
Dalam perjalanan nya menuju Ka rumah Edison, fikirannyan tidak pernah berhenti. Dia membayangkan dirinya berdiri dihdapan Edison, meminta peluang untuk sasuatu yang boleh mengisi kehidupannya.. Dia memiliki hasrat yang kuat.
Hasratnya itu bukan hanya sekadar berupa harapan, bukan juga sekadar satu keinginan! Hasrat itu berkobar kobar dan boleh menghasilkan sesuatu. Satu hasrat yang pasti. Beberapa tahun kemudian, Bernes berhadapan lagi dengan Edison, tetapi hasratnya itu telah menjadi kenyataan. Apa yang di impikan dahulu kini telah menjadi suatu kenyataan. Bernes berhasil kerana dia memilih satu sasaran yang pasti. Dia mencurahkan segenap tenaganya, perhatiannya, usahanya dan apa saja untuk mencapaisasaran itu.
Orang yang membakar jambatan
Lima tahun lamanya Bernes bekerja sebagai rakan kongsi Edison , apa yang di capainya ialah kesan daripada hasratnya selama ini. Sasarannya itu di tempatkan di atas segala macam sasaranyang lainnya. Dia menyusun rancangan untuk mencapai tujuan itu. Di samping itu dia membakar semua jambatan yang telah di laluinya. Dia tetap berpegang teguh kapada hasrat itu sahingga dia saperti dirasuk oleh kejadian itu. Akhirnya impian itu menjadi kenyataan.
Waktu Barnes mula-mula mahu berjumpa Edison, dia tidak berkata, " Saya akan cuba mempengaruhi Edison, mungkin ada kekosongan buat saya!Tidak! sebaliknya dia berkata "Saya mahu berjumpa Edison dan meminta perhatiannya, bahawa saya betul-betul berhasrat untuk menjadi rakan kongsinya!
Dia tidak berkata, "Saya akan mencari kekosongan lain dahulu, sekiranya gagal menjadi rakan kongsi Edison ini" tetapi dia berkata " Hanya ada satu hal yang saya bertekad untuk lakukan, iaitu menjalinkan kerjasama dengan Edison. Saya akan membakar semua yang telah saya lalui pada masa lampau, dan mulai membangun hari depan berdasarkan kemampuan diriku."
Sedikit pun dia tidak mahu membiarkan dirinya berundur. Dia bertekad untuk menang, kalau tidak, dia akan mengalami kehancuran!
Itu sabenarnya rahsia kejayaanBarnes.
Dorongan yang membawa kejayaan
Beberapa waktu yang lalu seorang panglima perang menghadapi satu situasi yang mendorong dia supaya mengambil keputusan untuk menang dalam medan perang.
( 3 )
Dia harus menghantar pasukannya kamedan pertempurannya melawan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar daripada pasukannya sendiri. Dia menyuruh tentera tenteranya mara dengan cara menumpang sejumlah perahu, belayar, dan mendarat di tempat musuh. Setelah pasukannya turun dia membakar semua perahu yang mereka tumpangi. Sebelum mara dalam pertempuran, dia berkata kapada tentera-tenteranya saperti berikut:
" Kamu lihat bahawa perahu kita sudah menjadi abu, bukan? Ini berarti kita tidak boleh lagi meninggalkan pantai negeri ini tanpa mendapat kemenangan . Bagi kita tidak ada pilihan lain . Kita harus menang atau kita hancur binasa. "
Ternyata merika itu menang !
Setiap orang yang ingin menang , haruslah bersedia membakar perahunya dan memotong semua jalan yang memungkinkan seseorang itu masih berundur. Hanya dengan demikian seseorang itu dapat mencapai kejayaan sacara mutlak.
Pada keesokan hari, setelah berlaku kebakaran besar di Kota Chicago, sekelompok pedagangberkumpul di State Street sambil memerhatikan asap yang berkepul , yang telah menelan gedung dan kedai-kedai mereka. Mereka berunding untuk mengambil keputusan sama ada mereka mereka harus membangun kembali bangunan mereka itu atau pun harus pindah ketempat lain. Semua memutuskan untuk keluar dari Chicago kecuali hanya seorang.
Pedagang yang bertekad untuk tinggai itu menuding kearah asap yang masih berkepul .. Dia berkata;
" Saya akan bangunkan semula kedai yang terbesar di dunia.tepat diatas tempat kebakaran itu dan saya tidak peduli meski pun beberapa kali kedai itu akan terbakar lagi.!
Peristiwa ini elah berlangsung satu abad yang lalu , Gedung itu berdiri dengan megah , tinggi menjulang awan , sebagai bukti tekad seorang yang telah menyatakan hasratnya sacara bersunguh-sunguh itu. Sebenarnya pedagang yang bernama Marshall Field itu boleh mengambil jalan paling mudah saperti yang di ambil oleh teman-temannya. Kalau memang keadaan telah menjadi sukar, maka seorang pedagang dapat berpindah kamana sahaja yang keadaannya kelihatan lebih baik dari menguntungkan.
Perhatikanlah perbezaan utama antara Marshall Field dengan rakan rakan sepwerjuangannya yang lain kerana perbezaan inilah yang menunjukkan perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang sering mengalami kegagalan.
Setiap orang yang telah sedar bagaimana memperolehi wang dan kekayaan , haruslah melaksanakan perinsip itu. Dengan sekadar ingin sahaja , maka kekayaan itu tidak akan datang. Memiliki hasrat sahingga fikiran kita dipenuhi oleh hasrat itu , merancangnya dengan tekun melaksanakannya, maka sadikit pun tidak akan ada peluang lagi bagi kegagalan Kita akan memperolehi kekayaan.
( 4 )
Enam cara untuk mengubah hasrt menjadi kaya
.
Untuk mengubah hasrat supaya menjadi kaya, maka kita harus menempuh enam cara;
Pertama;
Isilah fikiran anda dengan jumlah wang yang ingin diperolehi . Tidak cukup bagi anda jika hanya berkata," Saya ingin memiliki banyak wang," tetapi anda menentukan jumlahnya yang tegas.
Kedua;
Tetapkan dengan jelas apa yang anda perolehi sebagai ganti wang yang anda inginkan itu.
Ketiga;
Tetapkan tarikh tertentu untuk anda ingin miliki wang itu.
Keempat;
Susunlah satu jadual untuk pelaksanaan hasrat anda itu. Mulakan dengan segera , tanpa mengambil kira anda bersedia atau tidak untuk melaksanakan rancangan itu.
Kelima;
Tulislah suatu pernyataan singkat dan jelas tentang jumlah wang yang ingin di perolehi itu , sebut tarikh untuk memperolehinya , nyatakan apa yang anda lakukan sebagai balasannya dan bagaimana caranya anda akan menjayakan usaha itu.
Keenam;
Bacalah pernyataan bertulis itu dengan lantang dua kali sehari sebelum anda tidur , dan sekali apabila bangun pagi . Sementara anda membaca buku ini , hendaklah anda membayangkan dan yakin seolaholah anda telah memiliki jumlah wang yang di kehendaki.
Penting sekali bagi anda mengikuti petunjuk daripada enam langkah itu. Ada kemungkinan anda akan mengeluh kerana hal itu tidak mungkin anda laksanakan sebelum anda sendiri memiliki wang itu. Oleh itu hasrat yang kuat itu sangat di perlukan untuk membantu anda.
Hasrat yang menyala nyala itu akan lebih memudahkan anda yakin akan apa yang anda inginkan itu . Sasaran itu adalah wang atau kekayaan. Dengan demikian anda akan meyakinkan diri anda sendiri, bahawa anda pasti akan memperolehinya.
( 5 )
Bayangkanlah bahawa anda seorang jutawan
Bagi seseorang yang tidak suka berikhtiar, atau tidak menghayati perinsip itu, petunjuk ini nampak tidak praktis baginya. Petunjuk ini hanya membantu orang yang menghayati enam langkah itu. Lihat Andrew Carnegie, yang bermula daripada kedudukan sebagai seorang pekerja biasa di sebuah kilang . Bermula daripada keadaannya yang serba sederhana itu, setelah menghayati perinsip itu, dia berhasil mencapai wang dan kekayaan ratusan juta dolar.
Edison sendiri mengakui bahawa enam perinsip itu bukan sahaja berhasil untuk mengumpulkan wang , tetapi juga untuk keperluan mencapai impian dalam hidup ini.
Langkah langkah itu tidak menuntut kerja bermati-matian, tidak meminta sebarang pengorbanan yang lain dan tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Seseorang itu hanya cukup memiliki daya imaginasi yamg kuat supaya boleh melihat, memahami
Bahawa yang memperolehi wang dan kekayaan tidak boleh melaksanakannya atas dasar kebetulan atau menunggu jatuhnya nasib baik sahaja. Semua orang kaya yang pernah berhasil , terlebih dahulu telah memimpikan kekayaan menaruh harapan ingin untuk memperolehinya dan berhasrat kuat serta merancangkan cara untuk mendapatkan kekayaan itu sebelum mereka berhasil mendapatkan wang itu.
Sekarang anda sedar bahawa anda pun boleh menjadi seorang kaya tetapi anda tidak munkin menjadi kaya tanpa anda sendiri memiliki hasrat untuk memperolehi wang.
Pada hakikatnya anda harus yakin bahawa anda telah memiliki kekayaan itu.
Betapa kuatnya pengaruh sabuah impian itu
Di tengah dunia yang saling berlumba mencari kekayaan , kita harus menyedari bahawa sekarang ini diperlukan kelengkapan serba baru, cara-cara baru, kepimpinan bergaya baru, penemuan baru , kaedah mengajar baru , cara pemasaran baru, bahan bacaan baru , alat televisyen baru dan kemajuan teknik baru. Disebalik kesemuanya ini , ada satu hal yang tidak boleh di abaikan ia itu ketetapan tekad untuk mencapai tujuan serta hasrat hati
Yang berkobar-kobar.
Orang yang berhasil menjadi kaya ialah mereka yang merubah apa yang mustahil menjadi kenyataan. Sebelumnya hal ini mungkin sukar di capai tetapi akan tercapai. Tenaga yang terpendam diolah menjadi gedung-gedung pencakar langit kota-kota, kilang-kilang kapal terbang , kereta dan apa sahaja yang boleh menjadikan hidup ini lebih nekmat dan bersemarak.
Dalam menyusun rancangan untuk mendapatkan kekayaan , anda tidak boleh terpengaruh dengan orang lain. Cukup hanya berpegang teguh kapada semangat orang terkenal pada masa lampau , yang telah berjaya meninggikan nilai peradapan manusia. Kita dapat memperkembangkan bakat dan kemampuan kita sesuai dengan teladan mereka itu.
Apabila apa yang anda inginkan itu baik dan anda benar-benar yakin hal itu baik , teruskanlah! Tidak perlu hiraukan apa yang orang lain katakana, sebab mereka juga tidak tahu bahawa kegagalan itu seringkali membawa kabaikan kapada kita.
( 6 )
Edison mimpikan tentang lampu yang boleh menyala dengan kekuatan tenaga elektrikDia mula menukarkan mimpinya itu menjadi satu kenyataan. Mungkin dia telah mengalami lebih dari seribu kegagalan , tetapi dia tetap berpaut kapada impiannya.
Orang yang prektis mengolah impiannya itu menjadi satu kenyataan yang tidak pernah mahu menyerah kalah.
Wheelan pernah mimpikan memiliki kilang curut terbesar di Amerika. Hal itu kemudian menjadi kenyataan .
Wright bersaudara mimpikan tentang sabuah mesin yang boleh terbang diudara. Semua orang menyaksikan manusia menjelajah dengan kapal terbang sebagai kebiasaan saja.
Marconi mimpikan tentangtenaga yang terdapat pada gelombang eleltromagnet udara. Buktinya kini menjadi kenyataan bahawa kita boleh mendengar berita melalui radio dan televisyen diseluruh dunia.
Padahal pada awalnya sahabatsahabat Marconi menggangap dia pelajar gila , iaitu memasukkan dia kedalam penjara dan rumah sakit gila . Kebanyakkan orang menggangap kejadian itu sebagai sesuatu yang mustahil. Mereka berpendapat mengirim dan menerima berita mesti menggunakan tali kawat.
Sementara itu dunia kita penuh dengan kesempatan yang berlimpah limpah , yang belum disedari kemungkinannya kerana seseorang itu belum dapat memahaminya melalui daya khayal mereka.
Bagaimana melaksanakan impian itu menjadi kenyataan.
Untuk melaksanakan impian kearah sasaran yang tepat memerlukan bahan bakr iaitu ;
Hasrat yang menyala-nyala.. Impian itu tidak mungkin menjadi kenyataanapabila kita memiliki sikap yang nagetif, bermalas-malasan atau tidak bersemangat.
Ingatlah baik-baik , bahawa semua orang yang berjaya itu pada mulanyamemang mengalami kehidupan yang pahit , perjuangan yang memerlukan tenaga , supaya boleh bertahan untuk hidup . Saat akan menentukan kekuatan seseorang ia itu saat di mengalami krisis.
John Bunyan menulis dalam bukunyayang terkenal The Pilgrims Progress setelah dia dimasukkan kadalam penjara dan di hukum oleh kerana pandangan yang berbeza terhadap perlaksanaan agama.. Bukunya itu telah menjadi salah sabuah buku terindahdalam dunia khazanah kesusteraan inggeris.
D Henry menemukan dirinya memiliki bakat sebagai pengarang besar ketika dia mengalami bencana dalam kehidupan nya. Dia masuk penjara dan menderita luar biasa , tetapi dia di puja sebagai pujangga besar di Amerika dan bukannya sebagai penjenayah.
Charles Dickens memulakan kerianya sebagai buruh tukang tampal label kilang cat. Kegagalan cintanya yang pertama menyusup kadalam lubuk hatinya . Sahingga dia menjadi salah seorang pengarang agung di dunia. Terejedi Percintaan nya menjadi mendorong dia mengarang buku pertama , Devid Copperfield, kemudian disusul oleh banyak lagi buku-buku lainnya. Yang mengungkap kekayaan rohani yang luar biasa bagi kesejahteraan jiwa pembaca
( 7 )
Helen Keller menjadi buta dan bisu semenjak masa kanak-kanaknya, namun namanya kini tercatat sebagai salah satu tokoh besar di dunia. Seluruh kehidupannya
merupakan satu bukti , bahawa tidak seorang pun yang tidak boleh mengatasi nasib malang kecuali dia sendiri menerima nasibnya itu sebagai kekalahan
Robert Burns buta huruf di kawasan desa, hidup dalam serba kekurangan dan selalu mabuk . Penderitaannya telah membawa dia pada satu taman yang indah, oleh itu dia memetik duri , dan menggantikan dengan bunga mawar.
Bethoven.seorang yang pekak . Milton seorang yang buta, tetapi mereka mencurah impian dan jalan fikiran mereka menjadi kenyataan yang sangat berharga bagi umat manusia lainnya.
Ada terdapat perbezaan di antara menginginkan sesuatu dengan keadaan siap sedia menerima sesuatu. Tidak mungkin seorang itu boleh menerima sesuatu kalau dia tidak yakin dapat memperolehinya. Oleh sebab itu, jalan fikirannya haruslah yakin terlebih dahulu dan bukan hanya sekadar berharap atau ingin saja. Jalan yang terbuka di perlukan untuk menanam keyakinan itu. Jalan pemikiran yang tertutup dan buta tidak mendorong keyakinan atau semangat berusaha.
Ingatlah , bahawa tidak ada usaha yang lebih tinggi yang boleh membawa kemakmuran dan kelimpahan kapada kita selain melalui kekurangan dan penderitaan. Seorang punjanga besar telah menulisnya sebagai berikut;
Aku menilai hidup ini murah,
Maka batas rezeki miliki pun murah,
Tetapi apabila aku penuhi kepuk sampai malam,
Maka hasilku melimpah ruah.
Hidup itu ialah majikan bagiku ,
Yang memberi upah atas segala jerih payahku.
Tetapi sekali kita tentukan upah tinggi bagi kita.
Maka pantaslah tugas itu membawa pahala bagi kita.
Kalau aku hanya bekerja untuk menebus hutang sahaja
Maka aku akan kecewa dan menderita .
Tetapi bila aku tentukan sendiri nilai hidupku.
Maka hidup itu akan membayar harga yang mahal kapada diriku.
Hasrat dapat mengatasi kelemahan hidup kita
Saya pernah mengenali seseorang yang menurut doctor semenjak lahirnya akan menjadi pekak dan bisu untuk seumur hidupnya.
Saya menentang doctor itu. Saya berhak untuk membangkang pendapat doctor itu
Kerana saya sendirilah ayah kapada anak kecil yang di maksudkan itu. Penentangan pendapat itu saya simpan di dalam hati.
( 8 )
Saya sedari bahawa anak itu mesti boleh mendengar dan bercakap . Bagaimana carnya ?.
Saya yakin bahawa saya akan dapat jalan penyelesaiannya . Saya akan teringat akan hidupa kita mengajarkan satu keyakinan bagi kita . Oleh sebab itu kita hanya bersikap taat saja. Bagi setiap orang sentiasa ada tersedia petunjuk . Kita hanya tinggal mendengar kan saja . Kita perlukan petunjuk yang tepat.
Apakah kata petunjuk yang tepat itu? Tidak lain ialah hasrat dan kemahuan kita. Itulah yang paling berharga atas segala-galanya. Saya berhasrat agar anak saya jangan sampai menjadi bisu dan pekak. Bertitik tolak dari situlah, saya tidak pernah mengalah.
Apakah yang boleh saya perbuat bagi anak itu? Memindahkan jalan pemikiran saya kadalam otaknya tanpa bantuan telinganya.
Anak itu sudah cukup dewasa untuk di latih bekerjasama , saya dapat memenuhi jalan fikirannya dengan satu hasrat yang menyala-nyala ,agar dia boleh mendengar . Bahawa pembawaan alam dapat kita kalahkan dengan satu kenyataan . Setiap hari saya perbaharui tekad ini, bahawa anak saya tidak akan menjadi bisu dan pekak lagi.
Semakin anak itu meningkat usia dan mulai memperhatikan keadaan lingkungannya , maka dia boleh mendengar sedikit sedikit. Dia memang belum boleh mendengar bercakap , tetapi saya yakin dia mampu mendengar , Saya gembira melihat kenyataan ini
.Kalau dia sudah mampu mendengar sedikit , maka pasti dia boleh memperkembangkan kemampuan mendengarnya itu lebih besar lagi . Lalu terjadilah sesuatu yang memberi
harapan besar bagi saya. Hal ini datang tanpa di duga sama sekali
Satu peristiwa yang merubah hidup.
Kami membeli sabuah alat phonograf . Ketika anak kami itu mendengar muzik untuk kali pertamakalinya , dia kelihatan sangat riang sambil menggigit kotak phonograf itu. Gejala ini menunjukkan satu kebiasaan penting . Kami baru mengetahuinya kemudian , bahawa tulang boleh menjadi alat penyalur suara yang baik .
Tidak lama setelah peristiwa itu berlaku, saya perhatikan bahawa dia dapat mendengar saya dengan jelas, iaitu dengan cara memerhatikan geri geri bibir saya sementara saya meletakkan tangan saya pada tulang kepalanya.
Setelah menyedari bahawa dia sudah boleh menangkap suara saya , saya pun memberi keyakinan dalam fikirannya agar dia berhasrat untuk mendengar dan bercakap.. Oleh sebab itu saya menceritakan kapada kisah kisah yang mengandungi unsure rasa percaya kapada diri sendiri., membangkitkan daya imigenasi serta keinginan yang kuat
untuk mendengar dan berbicara secara normal.
Dia menawan dunia barudengan enam sen
Setelah menganalisis peristiwa ini, maka saya tanamkan keyakinan padanya, bahawa dia boleh mencapai kemajuan lebih dari saudara-saudaranya yang lain. Kemampuan itu boleh dicapai dengan banyak cara . Guru-guru serta teman-temannya di sekolah pun melayani dia dengan ramah dan banyak memberi dorongan kapadanya. Ketika mulai menjual akhbar , saya katakana bahawa dia boleh menjadi anak yang maju kerana rajin dan berkemahuan tinggi.
Ibunya tidak setuju dia menjual akhbar tetapi secara diam-diam dia meminjam wang enam sen daripada jirannya . Itulah modal pertamanya untuk menjual akhbar. Pada malam pertama dia pulang kerumah , dia tertidur nenyak dengan menggenggam wang empat puluh lima sen,
( 9 )
Melihat kejadian itu isteri saya menangis . Dia merasa kasihan . Saya sebaliknya malah tertawa riang . Inila satu kemenangan gemilang bagi saya kerana berhasil menanamkan rasa percaya diri sendiri kapada anak saya itu. Kemampuan berdiri atas usaha sendiri inilah yang membuat dia berhasil sepanjang hidupnya.
Budak pekak yang boleh mendengar.
Anak kami telah lulus sekolah rendah , sekolah menengah dan sampai ka universiti. Saya tidak peduli , sekali pun guru-guru atau teman-temannya harus bercakap dengan suara keras sedikit atau berteriak kapadanya. Kami tetap tidak menghantarnya ka sekolah kanak kanak cacat. Tidak! Kami mengkehendaki anak kami itu hidup secara normal di tengah-tengah lingkungan hidup orang yang normal. Setelah berkali-kali dia mencuba menggunakan alat pendengar eketronik , barulah dia berhasil mendengar saperti orang lain yang normal.
Dia menggangkat telefon dan bercakap dengan ibunya , guru-guru dan teman-temannya kini tidak perlu berteriak lagi. Sekarang dia tidak perlu bergaul dengan orang ramai tanpa menerima perlakuan suara yang keras . Suatu dunia baru kini terbuka baginya.
Jalan fikiran yang menciptakan keistimewaan.
Setelah mengetahui kemampuannya menghayati dunia baru ini , dia menulis surat kapada peruahaan alat pendengar elektronik itu tentang pengelamannya dan mengajukan usul-usul tertentu. Perusahaan alat pendengar itu pun menulis surat jemputan kapadanya.
Dia diberikan kedudukan penting dalam kilang itu , oleh kerana buah fikirannya banyak meningkatkan penyempuranaan teknik alat pendengaran , sahingga memberikan peluang bagi jutaan umat manusia cacat boleh mendengar dan berfikir saperti manusia biasa.
Dia telah turut membawa harapan dan kelegaan kapada jutaan kapada jutaan orang. Jikatanpa bantuannya orang cacat akan tetap menjadi manusia pekak dan bisu selama-lamanya.
Satu hasrat yang membara dalam dirinya untuk mendengar, bercakap dan hidup sebagai manusia normaltelah mendorong dia berjaya mencapai idamannya itu. Dia telah lahir dalam dalam kedaan cacat deria , yang menghalang kemajuan baginya, tetapi kini dia dapat mengatasi masaalah itu.
Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang benar-benar selesai atau tidak selesai sebena nya . Asalkan saja orang mempunyai keyakin an, hasrat yang membara, maka orang itu boleh berubah keadaan yang pahit getir itu menjadi kenyataan yang manis. Kemungkinan saperti ini terbuka luas bagi sesiapa pun juga.
Hasil mengkagumkan daripada gembelengan mental
Satu hal yang mengkagumkan , yang kita dapati pada diri Puan Schumann-Heink, iaitu hasratnya yang yang besar untuk mrnjadi biduanita opera.
Puan Schuamaan-Heink ini telah pergi keVianna dan menemui pengarah Opera Istana. Dia meminta diuji suaranya, tetapi pengarah itu enggan mengujinya.
( 10 )
Hanya dengan sekali pandang sahaja , pengarah itu sudah tidak tertarik akan wanita yang berwajah kurang cantik dan berpakaian buruk itu. ,"kau tidak mungkin menjadi penyanyi,
Sambil ketawa berdegah-degah , pengarah itu berkata, " dengan wajah saperti anda ini serta keperibadian yang tidak menarik saperti yang miliki ini, maka tak usahlah
Anda bersusah payah menjadi bintang opera. Lebih baik anda pergi membeli sabuah mesin jahit dan bekerjalah dengan baik . Anda tak mungkin menjadi saorang biduanita"
Kata-kata pengarah itu mungkin agak lancing bunyinya. Jika sekiranya wanita itu
Belajar teknik menyanyi, maka dia pasti boleh . Jika sekirapengarah opera itu menyedari betapa besarnya gelora hasrat dalam diri wanita itu untuk menjadi penyanyi, beliau tentu tidak akan mengeji dan menolak permohonan wanita yang berbakat itu.
Melalui prinsip yang kukuh serta gembelengan mental yang tidak pernah kendur, maka hasrat yang menyala-nyala itu akan menghasilkan hal-hal yang mengkagumkan dalam hidup kita ini.
FIKIRAN KITA TIDAK MENGENAL BATAS SELAGI KITA MASIH BOLEH MEMBAYANGKANNYA.
KEMISKINAN DAN KEKAYAAN ITU BERSUMBER DARIPADA FIKIRAN KITA
KEYAKINAN
Kita harus membayangkan hasrat itu dan kita harus yakin bahawa kita boleh memenuhi hasrat itu.
Langkah kedua untuk mencapai kekayaan.
Keyakinan ialah bahan pengolah utama jalan fikiran kita. Kalau keyakinan itu di padukan dengan fikiran , keadaan bawah sedar kita segera bergetar , menggerakan jiwa dan menyentuh kawasan kecerdasan kita seperti halnya pengaruh sabuah doa.
Emosi yang didorong oleh keyakinan , cinta kasih , dorongan seks ia lah motif yang paling kuat daripada semua jenis emosi positif yang kita miliki. Apabila ketiga tiga jenis emosi di padukan, maka emosi akan memberi warna atau corak kapada jalan fikiran kita , sahinggakan boleh mencapai keadaan bawah sedar kita dan boleh merubah menjadi pendirian jiwa kita. Emosi inilah satu-satunya bentuk yang menghasilkan satu tindak balas daripada daya fikir kita yang tidak terbatas.
Bagaimana memperkembangkan keyakinan itu.
Kita akan menghadapi satu pernyataan dan pengertian yang lebih baik tentang betapa pentingnya perinsip pendapat sendiri. Melalui cara-cara inilah terjadinya pembentukan hasrat kealam nyata, yang berupa benda lahiriah , kewangan atau pun kekayaan . Keyakinan ia lah satu keadaan fikiran, yang boleh mendorong atau menciptakan suatu ketegasan atau perintah kapada bawah sedar sesorang untuk bertindak melalui pendapat sendiri
( 11 )
Sebagai gambaran, marilah kita ambil contoh diri anda yang sedang membaca buku ini
Tujuan anda membaca buku ini ialah mengalihkan jalan fikiran yang didorong oleh hasrat itu menjadi tindakan berwujud berupa wang atau kekayaan. Dengan mengikuti petunjuk-petunjuk dalam bab demi bab daripada buku ini sahingga menimbulkan pendapat sendiri , anda boleh menyakinkan kapada bawah sedar anda itu bahawa anda yakin sepenuhnya anda boleh memperolehi apa yang anda kehendaki itu. Anda akan bertindak berdasarkan keyakinan itu. Anda akan menyusun satu rancangan yang jelas untuk mmenjalankan apa yang dikehendaki itu.
Keyakinan ialah suatu kedaan fikiran yang dapat anda kembangkan setelah menguasai ketiga-tiga belas perinsip dalam buku ini.
Dengan menegaskan secara berulang kali , perintah terhadap keadaan bawah sedar anda itu, anda secara sukarela memperkembangkan emosi yang membangkitkan keyakinan itu.
Mungkin hal ini dapat kita jelaskan dengan ucapan seorang pakar kaji jenayah saperti berikut;
Apabila sesorang itu kali pertamanya berkenalan dengan kejahatan , dia akan menolaknya. Apabila dia sentiasa sahaja berhadapan dengan kejahatan untuk jangka waktu yang lama , dia akan terpengaruh dengannya, serta menerimanya sebagai sesuatu yang wajar. Apabila dia tetap sahaja terlibat dengan kejahatan itu, dia akan dipengaruhi dan di kuasai oleh kejahatan itu
Tidak ada seseorang pun yang ditakdirkan untuk bernasib buruk
Daripada pernyataaan ini kita dapat memahami, bahawa keadaan bawah sedar kita itu boleh menghasilkan sesuatu yang nagetif atau yang bersifat merosak, mahupun yang positif atau bersifat membangun. Gejala ini dialami oleh jutaan orang yang mengalami nasib malang atau tidak berbahagia.
Terdapat berjuta juta orang yang percaya bahawa diri mereka itu telah ditakdirkan untuk menjadi miskin atau mengalami kegagalan dalam hidup, yang di sebabkan oleh sesuatu kekuatan ghaib yang luar, yang tidak dapat mereka kuasai sendiri. Orang yang saperti ini ialah pencipta nasib mereka sendiri., yang coraknya hanya menganut satu keyakinan nagetif, yang diserap oleh bawah sedar mereka, lalu mewujudkan nya dalam bentuk yang nayata.
Hal ini membuktikan bahawa keyakinan ialah unsure yang menentukan corak tindakan kita selanjutnya pada keadaan bawah sedar kita itu. Oleh itu kita tidak dapat membohongi diri sendiri , kerana arahan-arahan pengwujudan tindakan terjadi melalui pendapat sendiri atau saranan-saranan yang dilakukan oleh diri sendiri .
Kehendak andalah yang akan berlaku selanjutnya , perintah akan melalui perantaraan yang boleh wujud berdasarkan kapada keyakinan untuk menjadi kenyataan.
Oleh itu perlaksanaan yang sampurna hanya dapat di capai melalui percubaan yang praktik . Kesempurnaan itu tidak tercapai hanya dengan membaca arahan sahaja.
Anda perlu memupuk kecenderungan emosi yang positif sebagai tenaga yang dominan pada fikiran anda , sedangkan emosi yang nagetif sebaiknya dilenyapkan sahaja.
( 12 )
Suatu jalan fikiran yang positif akan membina keyakinan yang positif , sahingga bawah sedar kita pula mengirim berita yang positif coraknya untuk menjadi kenyataan.
Keyakinan ialah pemikiran yang didorong oleh pendapat sendiri
Melalui sejarah manusia , agama-agama telah memperingatkan agar manusia yang berjuang dalam hidup ini memiliki keyakinan. Itulah sebabnya manusia berpegang teguh pada dogma atau pegakuan iman. Namun ramai yang gagal di sebabkan mereka tidak tahu cara memperoleh keyakinan. Mereka tidak menyatakan bahawa "keyakinan itu ialah ajaran fikiran yang boleh mendorong seseorang kapada pendapat sendiri"
Bentuk bahasa yang sederhana , mungkin dapat melukiskan segala sesuatu yang berhubung dengan jalan fikiran utama, yang boleh memperkembangkan keyakinan kita , yang sebelum ini memang tiada.
Keyakinan dalam diri anda sendiri. Miliki keyakinan pada sumberkekuatan yang tiada terbatas.
Sebelum kita melanjutkan perbicaraan kita ini , sekali lagi saya tekankan , bahawa keyakinan ialah "kekuatan abadi", yang memberi hidup , tenaga inisiatif kapada fikiran kita.
Kalimah ini sudah di baca secara berulang kali dengan suara nyaring .
Keyakinan ialah asas daripada semua "kelebihan dan misteri yang tidak dapat di analisis dengan dalil-dalil ilmiah.
Keyakinan ialah satu-satunya unsure yang berlawanan dengan kegagala!
Keyakinan ialah unsure yang mengalihkan arah fikiran biasa manusia untuk boleh memasuki spiritual yang tinggi.
Keyakinan ialah satu-satunya peluang bagi kekuatan dan kecerdasan dalam dunia yang tidak terbatas ini, yang boleh di manfaatkan oleh manusia.
Keajaiban daripada pendapat diri sendiri
Buktinya sederhana dan mudah untuk di tunjukkan , Persoalannya diletakkan kapada prinsip pendapat sendiri., Oleh itu marilah kita tumpukan perhatian kita kapada masaalah pendapat sendiri ini. Mari kita cari apakah pendapat sendiri itu dan dimanakah kemampuannya untuk membolehkan mencapai sesuatu.
Satu kenyataan umum yang kita hadapi dalam hidup ini ialah apabila seseorang itu berulang kali mengkaji apa yang dia percaya . Dia yakin tentang hal itu dan tidak peduli sama ada pernayataan itu benar atau palsu. Apabila seseorang menerima pembohongan yang berulang-ulang kali akhirnya dia memandang pembohongan itu sebagai sebagai satu kebenaran. Setiap orang merupakan hasil pembentukan jalan fikiran yang dominan dalam dirinya. Jalan fikiran yang dominan itu merupakan tenaga motivasi , yang memberi arah dan kawalan kapada setiap gerakan tindak-tanduk dan perbuatan. Perhatikan pernyataan yang penting di bawah ini yang merupakan satu kenyataan.
( 13 )
Jalan fikiran yang bercampur baur dengan perasan akan membentuk sesuatu tenaga "Magnetik" yang menarik jalan fikiran lainnya yang sama atau yang berkaitan dengan jalan fikiran yang semula jadi
Jalan fikiran yang diperkuatkan dengan emosi dapat di bandingkan dengan sebijibenih , yang jatuh diatas tanah yang subur, lalu bercambah, tumbuh sehingga sampai biji benih yang pertama itu menghasilkan jutaan biji benih baru yang coraknya sama.
Jalan fikiran manusia sentiasa menerima getaran yang selaras dengan corak yang dominan kapada fikirannya itu. Setiap pemikiran, gagasan, rancangan atau tujuan yang merangkumi jalan fikiran seseorang , akan menarik deretan jalan fikiran yang bercorak sama untuk tumbuh menjadi satu kekuatan yang dominan bagi peribadi seseorang.
Marilah kita menyelidiki bagaimana benih awal daripada gagasan ,rancangan atau tujuan itu dapat ditanamkan dalam fikiran kita itu. Maklumat ini mudah dirangkum . Setiap gagasan rancangan atau tujuan ditempatkan pada jalan fikiran melalui pengulangan fikran itu. Itulah sebabnya apabila kita menulis satu pernyataan tentang tujuan pokok yang ingin kita capai itu, kita akandengan mudah boleh mengingatkan lagi. Dengan demikian kita boleh mengulanginya kembali . Kita dapat mewujudkan nya dalam bentuk kata-kata yang boleh dilihat dan di dengar setia[ hari.sahingga getaran suara itu berkesan kepada keadaan bawah sedar kita.
Oleh sebab itu buanglah jauh-jauh pengaruh lingkungan yang boleh memberi kemungkinan nasib malang bagi kita itu . Susunlah cara hidup anda dengan tatacara yang sempurna . Apabila anda melakukan penjagaan terhadap kemampuan mental, anda menemui kenyataan , bahawa kelemahan terbesar anda ialah disebabkan ketiadaan kepercayaan atas diri anda sendiri. Namun begitu masaalah ini dengan mudah dapat diatasi . Rasa malu atau segan dapat diubah menjadi rasa berani melalui bantuan perinsip pendapat sendiri. Penerapan prinsip ini dapat di lakukan melalui penyusunan jalan fikran yang positif dalam bentuk tertulis , bahan hafalan dan di ulang-ulang sehingga menjadi alat kelengkapan kerja bagi jalan fikiran anda itu.
Rumusan untuk membina rasa kepercayaan terhadap diri sendiri.
Pertama; Saya sedari bahawa saya mempunyai kemampuan untuk mencapai matalamat dalam kehidupan saya . Oleh sebab itu saya menuntut daripada diri sendiri satu ketabahan dan ketekunan untuk mencapai matlamat itu. Dengan ini saya berjanji untuk bertindak kearah itu.
Kedua : Saya menyedari bahawa pemikiran yang dominan itu akan wujud menjadi tindakan yang nayata . Oleh itu saya akan memusatkan fikiran saya selama tiga puluh minit setiap hari untuk merenung tugas saya serta bentuk peribadi saya yang ingin saya capai itu.. dengan demikian bayangan itu boleh menjadi gambaran yang jelas sekali dalam layar pemikiran sa
( 14 )
Ketiga; Saya meneyedari bahawa dengan prinsip pendapat sendiri , setiap keinginan yang saya bayangkan di dalam fikiran itu akan tersalur menjadi alat prektis dalam mencapai tujuan . Oleh itu saya akan memberikan waktu sepuluh minit setiap hari untuk memperkembangkan dalam diri rasa kepercayaan diri sendiri itu.
Keempat: Saya telah menulis dengan jelas tujuan utama saya yang sudah saya pastikan dalam kehidupan saya. Oleh itu cuba berusaha sehingga saya berjaya memperkembangkan rasa percaya diri sendiri itu untuk mencapai tujuan itu.
Kelima: Saya menyederi sepenuhnya , bahawa tiada kekayaan mau pun kedudukan yang boleh bertahan lama selain yang berdasarkan atas kebenaran dan keadilan. Oleh itu saya tidak melibatkan diri kapada kegiatan yang tidak menguntungkan. Saya berjaya mengumpul seluruh kekuatan yang ingin saya pergunakan serta menjalin kerjasama dengan orang lain. Saya akan mengajak orang lain untuk mengabadikan pada kepentingannya bagi kepentingan orang lain. Saya akan menjauhkan diri dari bersikap benci , iri hati, dengki, mementingkan diri sendiri serta sikap sinis . Sebaliknya saya akan memperkembangkan rasa cinta kasih terhadap sesama manusia, saya sedari bahawa sikap yang nagetif terhadap orang lain itu tidak boleh mendatangkan keuntungan kapada saya. Saya dapat membuat orang lain percaya kapada saya , oleh kerana saya percaya kapada mereka dan diri saya sendiri, saya akan menulis tandatangan saya untuk mengukuh kan rumusan ini, mencantumkannya dalam ingatan saya , mengulangi nya dengan nayaring setiap hari , dengan penuh keyakinan , sehingga mempengaruhi jalan fikirannya dan perbuatan saya untuk menjadi seorang manusia yang berjaya dan menguji kekuatan diri sendiri.
Disebalik rumusan diatas , terhadap hukum semula jadi yang tiada seorang pun boleh menerangkanya . Tentang namanya tidaklah menjadi soal . Yang penting ialah kandungan nilai yang bermenfaat untuk kejayaan hidupa manusia , asalkan kita dapat menggunakannya secara konsruktif , sebaliknya apabila hal itu digunakan secara destruktif maka sifatnya pun akan lebih banyak merosakkan.
Sehubungan dengan dalil ini , kita menemukan satu kebenaran yang penting , iaitu mereka yang mengalami kekalahan , menderita nasib malang , kemiskinan dan penderitaan disebabkan oleh penerapan prinsip nagetif dalam sendiri . Semua dorongan kearah pemikiran cenderung menjadi kenyataan..
Masaalah yang timbul akibat cara pemikiran negatif
Keadaan bawah sedar kita hanya menerima dorongan yang konstruktif atau pun nagetif
tetapi tidak boleh membeza-bezakan nya. Keadaan bawah sedar mengolah apa yang di berikan kapadanya untuk di wujudkan jadi kenyataan melalui dorongan keyakinan atau keberanian.
Sebagaimana halnya tenaga elektrik boleh mengerakkan jentera dalam industeri untuk memberikan hasil yang berlipat ganda demikian juga pendapat sendiri itu boleh membawa kedamaian dan kemakmuran bagi kita . Sebaliknya apabila berfikiran nagetif , kita akan menghadapi berbagai-bagai masaalah , kegagalan dan kematian. Semua bergantung kapada tingkat pengertian dan penerapan diri sendiri.
( 15 )
Apabila jalan pemikiran anda di penuhi rasa takut , keraguan dan kurang percaya atas kemampuan diri dendiri , hasil yang wujud nagetif pula.
Sebagaimana yang boleh membawa kapal layar kearah timur atau ke barat, demikian pula dengan pendapat sendiri yang boleh membawa kemana sahaja sesuai dengan arah layar tujuan pemikiran kita itu.
Hukum pendapat sendiri yang mendorong seseorang untuk mencapai sesuatu melalui pewujudan fikirannya dapat kita gambarkan dengan sajak yang berikut.
Apabila anda berfikir bahawa anda telah di takluki, sebenarnya anda telah kalah.
Apabila anda berfikir bahawa anda tidak mampu , anda memang talah menjadi lemah.
Apabila anda ingin menang , tetapi anda berfikir bahawa anda tidak boleh menang , pastilah anda tidak akan menang..
Apabila anda berfikir bahawa anda akan rugi, anda akan betul-betul rugi.
Kerana dimana pun didunia ini , kejayaan itu hanya berpangkal daripada kemahuan seseorang , yang mewujudkan pemikirannya.
Apabila anda berfikir kedudukan anda tersisih dalam masyarakat , anda akan mengalami perlakuan yang demikian.
Oleh sebab itu anda berfikiran luas dalam usaha meningkatkan darjat anda.
Anda harus yakin benar akan diri anda sendiri , sebelum anda berhasil memenangi hadiah.
Pertarungan dalam medan perjuangan hidup ini memang tidak selamanya mendatangkan keuntungan bagi yang kuat atau pun yang cepat , tetapi lambat atau cepat . Orang yang menang itu berfikir bahawa dia boleh menang.
Perhatikanlah dengan telitikata-kata yang di beri tekanan oleh pengarang sajak ini. Anda boleh dapat pengertiannya yang sebenar.
Kekuatan bakat yang terpendam didalam diri anda.
Jauh didalam diri anda terpendam sesuatu kemampuan yang boleh mencapai sesuatu. Apabila tenaga itu di bangkitkan da diwujudkan dalam tindakan , kemampuan tersebut boleh mengangkat darjat anda kesuatu tahap yang tidak pernah anda duga sebelumnya.
Sebagaimana halnya seorang ahli pemain biola yang boleh mengeluarkan irama yang merdu daripada getaran tali dari sesebuah biola , demikian anda boleh menimbulkan kemampuan yang terpendam didalam diri anda itu, untuk mencapai suatu taraf yang lebih tinggi dalam nilai hidup anda.
Abraham Lincon mengalami banyak kegagalan dalam segala yang di usahakan nya. Setelah berusaha lebih empat puluh tahun barulah dia berhasil meraih kejayaan . Kejayaan itu muncul sebagai satu kejutan melalui satu pengelaman dalam hidupnya ia itu setelah Lincoln mencungkil bakat yang terpendam dalam batin dan otaknya. Lincoln muncul sebagai salah seorang warga dunia yang agung, yang sukar di cari ganti. Pengelaman yang mendorong Lincoln merupakan campuran emosi penderitaan dan cinta kasih , yang di alami bersama Anna Ritledge , satu-satunya wanita yang di cintainya.
(16 )
Emosi cinta dan kasih memang akrab kaitannya dengan jalan fikiran yang kita sebutkan sebagai keyakinan kita itu. Itulah sebabnya cinta kasih itu besar pengaruhnya terhadap pemikirandan dorongan hasrat seseorang. Daripada bukti-bukti kajian penulis buku ini terhadap ratusan orang yang di ambil sebagai contoh , terdapat pengaruh cinta kasih di sebalik tindakan setiap orang. Agama agama besar pun pada umumnya mendasarkan ajarannya kapada keyakinan cinta kasih itu.
Cubalah kita kaji pula kekutan keyakinan yang terpendam di dalam diri Mahatma Gandhi .Didalam diri Gandhi terdapat contoh mengkagumkan tentang satu keyakinan yang kuat yang tiada taranya daripada manusia lain yang sezaman dengannya. Mahatma Gandhi tidak memiliki wang , kapal perang , tentera atau pun senjata , bahkan sehelai pakaian biasa pun tidak di miliki nya. Namun begita dia memiliki satu tenaga kekuasaan yang luar biasa.
Dari mana datangnya kekuatan dalam dirinya itu? Mahatma Gandhi telah berjaya menimba kekuatan dalam dirinya melalui keyakinan nya . Melalui kemampuannya itu dia telah berjaya memindahkan pengaruhnya kapada ratusan juta umat manusia . Jelaslah dapat di perhatikan tiada kekuatan lainyang boleh mengatasi mengungguli keyakinan seseorang itu.
Bagaimana sebuah gagasan boleh membina kekayaan
Keyakinan dan kerjasama diperlukan untuk menjalankan usaha dagang dan industeri. Oleh itu tentulah amat menarik dan menguntungkan apabila kita menganalisis kejadian-kejadian yang boleh memberi pengertian kapada kita tentang cara yang sesuai yang boleh mendatangkan keuntungan bagi kita, iaitu dengan cara memberi sebelum usaha memperolehi sesuatu.
Kita telitikan satu peristiwa sekitar tahun 1900yang pernah dialami oleh United State Steet Corporation . Apabila kita membaca kisah ini , kita akan menganggap bahawa idea itu dapat dialihkan untuk dijadikan harta kekayaan yang luar biasa besarnya.
Jika anda tergolong sebagai salah seorang yang sentiasa tertanya-tanya bagaimana orang boleh menambah kekayaan sahingga bertimbun-timbun , dalam kisah inilah terdapat jawapannya. Jikalau anda ragu-ragu bahawa seseorang itu boleh berfikiran maju dan berjaya menjadi kaya. Kisah ini akan mengungkapkan kenyataan sebenarnya serta menghapuskan perasaan ragu-ragu anda itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengelaman ini telah menjalani prinsip saperti yang telah dibahaskan di dalam buku ini.
Gambaran tentang bagaimana hebatnya sesuatu idea dapat menghasilkan kekayaan telah diceritakan oleh seorang penulus bernama Joe Lowell dalam New York Word Telegeram.. Disini kita mengambilintisari dalam ulasannya saperti berikut.
Suatu pertemuan jamuan makan yang menghasilkan satu Bilion dolar
Pada malam 12 desember 1900 sejumlah lapan puluh orang pengusaha nasional Amerika Syarikat telah berkumpul dan menyelenggarakan satu jamuan makan di Universiti Club , New York , untuk menhormati seorang pengusaha muda yang berasal dari daerah barat Amerika itu. Namun begitu hanya beberapa orang sahaja yang yang menyedari nya kerana mereka sedang menghadapi satu zaman yang penting dalam sejarah perindusterian di Amerika.
( 17 )
Bertindak sebagai tuan rumah dan penyelenggara jamuan makanan iaitu ialah J Edward Simmons dan Charles Steward Smith. Dalam jamuan tersebut yang kebetulan dating dating ke Pittsburgh ,Charles M Schwab yang berusia 38 tahun mendapat penghormatan untuk memberi ucapan selama 15 minit sahaja sebab tidak mudah menjemput para pengusaha bank dan industri di New York itu. Sememangnya tidak ada lapuran akhbar yang memberi komenatau memuatkan berita tentang pertemuan dan ucapan itu.
Hal ini mungkin kerana ucapan itu bersifat sederhana dalam lingkungan rakan-rakan perniagaan atau kata-katanya kurang tersusun rapi , hanya mengandungi angka-angka yang membosankan . Namun begitu tidak seorang pun menduga bahawa pidato itu mendatangkan modal sebanyak lima billion dolar.
Kekuatan ghaib dalam peribadi Schwab telah mampu mengembangkan satu program penyatuan usaha yang saling bersaingan waktu itu untuk menjadi satu industeri besi raksasa saperti yang dimiliki oleh Morgan , Carnegie , Gates , Bacon , dan lain-lain.
Ucapan Schwab itu berkaitan masa depan industri besi, penyusunan semula organisasi untuk meningkatkan kecekapan , keperluan kepakaran , penghapusan bidang kerja yang kurang menguntungkan , pemusatan fikiran dan tenaga terhadap usaha yang sedang berkembang ,soal ekonomi dalam pengangkutan bijih besi , kelancaran bidang kepimpinan dan pentadbiran , serta soal pemasaran keluar negeri.
Bahkan Schwab juga mengemukakan betapa besarnya kerugian yang boleh ditimbulkan oleh masaalah berebut pelanggan . Dia mengemukakan cadangan untuk membentuk gabungan berbentuk menopoli supaya boleh memajukan harga pasaran , dan membayar dividen dengan cepat . Schwab tidak menyenangi politik dagang yang berpandangan sempit membatasi diri pada pasaran yang terkongkong sahaja. Sedangkan masyarakat sedang menuntut satu usaha perluasan pasaran. Dengan menekan perbelanjaan proses besi menurut Schwab boleh meluaskan pasarannya baik didalam negeri mahupun keseluruh dunia. Sekali pun Schwab tidak menyedari hal ini , tetapi pada hakiakatnya dialah bapa industri moden yang merangkumi cara pengeluaran berkelompok.
Pada ketika Schwab mengesyorkan gagasan itu , dia tidak mempunyai gambaran tentang si raja wang Andrew Carnegie yang ingin bergabung dan mahu menjual saham kapad apara pengusaha kecil yang lain. Namun Schwab menaruh keyakinan akan gagasannya itu , sahingga dia berani mengemukakan gagasan tersebut dalam pertemuan jamuan makan itu , sekaligus dengan perbuatan pelekat logam bagi setiap perusahaan besi di anggap nya sebagai asas dalam industri raksasa yang didirikan .
Waktu subuh , Morgan bangun mengemukakan satu pertanyaan terakhir kapada Schwab. Schwab agak bingung sebab pertanyaan itu merupakan satu-satunya batu penghalang , Pertanyaannya ialah "Apakah kau yakin kau boleh memujuk Andrew Carnegie menjual saham industrinya.
"Saya akan mencuba" jawab Schwa.
" Jika awak dapat memujuknya , saya juga bersedia untuk menyelenggarakannya " kata Morgan.
Semuanya berjalan baik . Tetapi adakah Carnegie mahu menjual kan sahamnya?
( 18 )
Berapakah jumlah wang yang akan dituntutnya? Menurut perkiraan Schwab hanyalah lebih kurang &320,000 dolar. Bagaimana pula cara pembayaran yang akan di tuntutnya kelak? Saham umum atau saham khusus? Adakah dalam bentuk surat surat berharga atau bentuk wang tunai.? Tentu sahaja tidak ada orang sanggup membayar dengan wang tunai dalam jumlah yang besar , Bayangkan! Seperti billion dolar , bukannya sedikit.
Suatu dahulu bulan januari dalam suatu pertandingan golf di Westchester , Carnegie turut hadir tetapi Schwab tidak sempat mengemukakan gagasan itu kapada Carnegie setelah mereka memasuki ruang rehat , barulah Schwab mengemukakan gagasan perniagaan kapada raja wang , Dengan kemampuannya yang boleh menyakinkan 80 orang pengusaha terkemuka di New York , Schwab seolah-olah dapat memukau Carnegie , sebab sesaat kemudian Carnegie kemudian Carnegie menandatangani sepucuk surat pernyataan , Ya, setuju! Jumlahnya 400,000 dolar" tentu saja jumlah itu dapat digunakan sebagai asas modal selama dua tahun sebelumnya.
Peristiwa itu tentunya mengoncangkan dunia perusahaan besi . Sebab dengan perusahaan besi dan keluli ini telah membentuk satu gabungan raksasa yang hebat. Presiden Hadley dari Yale meramalkan bahawa amanah itu dalam itu dalam dua puluh lima tahun akan merajai Washinton. Pakar saham ,Keene berhasil mengumpulkan saham dari masyarakat sebenar 600,000,000 dolar hanya dalam waktu yang singkat. Oleh itu Carnegie menyerahkan ratusan juta yang telah ditetapkan itu sementara persatuan perdagangan Morgan menyalurkan sejumlah wang 62,000,000 dolar disamping saham oleh 80 pengusaha lainnya seperti Gates, Grar, Bacon,dan lain-lain yang jumlahnya hingga berjuta-juta dolar.
Apa pula ganjaran bagi Schwab ? ketika berusia 38 tahun , dia telah diangkat menjadi presiden perusahaan raksasa yang barun itu dan memegang jawatan tiu sehingga 30 tahun lamanya.
Kekayaan itu Bersumber dari pada Kekayaan Kita
Kisah pembentukan satu usaha raksasa dalam bidang industeri dan perdagangan besi dan keluli seperti yang kita baca di atas itu, merupakan satu contoh yang menggambarkan hasrat, yang boleh diwujudkan menjadi satu kenyataan.
Organisasi raksasa itu diciptakan terlebih dahulu , didalam fikiran seseorang . Rancangan untuk mencari sumber kewangan untuk menjalankan perusahaan raksasa itu juga di susun didalam otak orang yang sama. Keyakinannya yang kuat serta hasratnya , daya khayalannya , ketekunan dan ketabahan nya dalam mengusahakan segala-galanya yang diidam-idamkannya itu, merupakan satu pengerak pembentukan industeri besi dankeluli terbesar di Amerika Syarikat . Pembelian alat-alat kelengkapan serta mesin-mesin yang di taksirkan berharga 200 juta dolar ,semuanya di kelolakan di bawah satu pimpinan.
( 19 )
Dengan kata lain ,gagasan Charles M Schwab ditambah dengan keyakinan yang disebar luas kapada Morgan dan pengusaha-pengusaha lain telah dapat memperolehi keuntungan lebih daripada enam ratus juta dolar , hanya dari cetusan idea sahaja!
Perusahaan besi dan keluli raksasa itu berkembang maju , menjadi yang terbesar dan terkaya di Amerika Syarikat menggunakan puluhan ribu pekerja , memperkenalkan penggunaan baru bidang bahan besi asas dan memperolehi keuntungan hingga berjuta-juta dolar setiap tahun.
Kekayaan yang begitu besar hanya bermula daripada satu bentuk idea sahaja.
Jumlah kekayaan anda tidak terbatas . Kekayaan itu akan terbatas , kalau jalan fikiran anda sendiri terbatas gerakannya . Apabila anda memiliki keyakinan , keyakinan itu yang akan menghapuskan garis batas itu. Ingatkan hal ini baik-baik.
Apabila anda harus berhadapan dengan satu kemungkinan yang terbuka dalam hidup ini , anda juga dapat berfikir maju untuk berjaya dan menjadi kaya seperti orang pernah mengalami kejayaan dalam hidup mereka itu.
Pendapat Sendiri
Satu saranan untuk mempengaruhi keadaan bawah sedar kita.
Langkah ketiga untuk mencapai kejayaan.
Pendapat sendiri adalah suatu istilah yang boleh dipadankan kapada segala macam saranan dan semua rangsangan yang dating dari dalam diri sendiri , yang mencapai fikiran seseorangmelalui lima pancainderanya . Dengan kata lain pendapat sendiri itu ialah saranan yang timbul daripada daripada dan untuk diri kita sendiri. Pendapat sendiri merupakan alat penyalur antara bahagian fikiran kita yang sedar dengan fikiran yang bertindak terhadap keadaan bawah sedar kita.
Melalui jalan fikiran yang kuat , yang di persetujui seseorang untuk berada dialam kesedaran kita (baik nagetif atau pun positif bentuknya yang tidak berwujud ), perinsip pendapat sendiri secara sendirinya akan mencapai dunia di bawah sedar dan mempengaruhinya.
Secara ilmiah bentuk tubuh manusia itu telah di cipta sedemikian rupa sahingga secara mutlak menguasa segala keadaan bawah sedar itu melalui pancainderanya , meski pun ini tidak bererti manusia selalu menguasai dirinya. Dalam banyak contoh kita dapati , bahawa orang sering tidak boleh menguasainya , terutama sekali dalam kalangan orang yang berada dalam tahap kemiskinan.
Kehidupan semacam ini dapat kita bandingkan dengan tanah yang subur , tetapi di tumbuhi rumput-rumput yang rimbun , apabila benih yang berguna tidak ditanam dengan baik. Pebdapat sendiri ialah alat kawalan bagi orang perseorangan untuk melakukan pengawasan secara sendiri terhadap keadaan bawah sedar kearah jalan fikiran yang lebih kreatif dan mengetepikan jalan fikiran yang destruktif yang boleh membawa kita kapada jalan pemikiran tersebut.
Lihat dan rasakan seolah-olah wang itu sudah berada didalam tangan anda
Dalam perbahasan mengenai enam langkah dalam fasal mengenai hasrat itu anda di sarankan sekurang-kurangnya dua kali untuk mengucapkan sejelas-jelasnya hasrat anda yang berkaitan dengan wang yang ingin diperolehi dan merasakan yang anda seolah-olah telah memiliki wang itu.
( 20 )
Maka secara langsung anda menghubungkan hasrat dengan keadaan bawah sedar sahingga menjadi satu keyakinan mutlak. Dengan mengulangi cara ini , maka secara sengaja anda menanamkan satu kebiasaan berfikir bagi memudahkan penilaian anda untuk mencapai hasrat itu.
Cuba anda ingati enam langkah dalam fasal dua dan ingatkan baik-baik sebelum anda bertindak lebih lanjut. Kemudian bacalah dengan hati-hati empat petunnjuk tentang cara menyusun "rancanganinduk" seperti yang dihuraikan dalam fasal mengenai Rancangan Organisasi. Dengan mengabungkan kedua-dua petunjuk ini dengan petunjuk yang terdapat dalam pendapat sendiri., anda akan melihat bahawa petunjuk itu berkaitan dengan penerapan prinsip pendapat sendiri.
Hendaklah ingat apabila anda membaca jelas-jelas hasrat anda itu (yang anda usahakan untuk di perkembangkan menjadi kesedaran mendapatkan wang) . Anda akan terpengaruh apabila mencampurkan emosi atau perasaan anda itu dengan kata-kata yang anda ucapkan . Keadaan bawah sedar anda hanya mengakui dan bertindak berdasarkan jalan fikiran yang telah dicampur dengan emosi dan keyakinan.
Hal ini sangat penting diingat untuk terus diulangi dalam setiap fasal , sebab jika kita kurang faham tentang halini , maka penyerapan hasrat kita melalui pendapat sendiri akan gagal , hal yang menyebabkan mengapa banyak orang gagal dalam usaha mereka.
Kata-kata yang lembut tanpa dipengaruhi emosi tidak mempunyai pengaruh terhadap keadaan bawah sedar kita. Kita tidak akan memetik hasil yang berjay apabila tidak memenuhi keadaan bawah sedar kita itu dengan jalan fikiran yang mantap , atau kata-kata yang tidak mengandungi emosi tidak akan dijiwai olih keyakinan kita.
Janganlah putus asa kalau pada tahap permulaan anda masih belum boleh mengikut emosi anda sebagaimana yang dikehendaki . Ingatlah bahawa , dalam hal ini tidak ada kemungkinan untuk kita bersifat teratur. Anda tidak dapat mengabui diri sendiri ,sekali pun seakan-akan memaksa diri untuk menjadi demikian. Imbalan kemampuan anda boleh mempengaruhi keadaan bawah sedar terletak kapada ketekunan perinsip yang di huraikan dalam buku ini. Kita tidak boleh mengembangkan kemampuan hasrat kita se cara sehala sahaja. Hanya diri kita sendiri yang harus menentukan apakah hala yang ingin kita capai (kesedaran untuk memperolehi wang ) setanding dengan jerih payah kita.
Kemampuan anda untuk menerapkan prinsip pendapat sendiri bergantung sebahagian besar kapada kemampuan untuk memusatkan fikiran pada hasrat yang dimiliki itu hingga hasrat itu menjadi sati semangat yang berkobar-kobar dalam jiwa anda.
Bagaimana memperkuatkan tenaga tumpuan anda .
Apabila anda menjalankan petunjuk yang berkaitan dengan enam langkah perlaksanaan seperti yang dihuraikan dalam fasal dua itu. Perlu sekali untuk anda menerapkan prinsip pemusatan fikiran.
Dalam hal ini kami mengemukakan kapada anda cadangan-cadangan yang berkesan untuk melakukan pemusatan fikiran itu. Apabila anda sudah mula menjalankan langkah pertama daripada enam langkah itu.tetapkan tumpuan fikiran pada jumlah yang ingin anda capai.
( 21 )
Perhatian anda hendaklah diarah sepenuhnya kapada setiap satu matlamat itu. Dengan memejamkan mata , anda dapat melihat jumlah wang yang kehendaki . Lakukan hal ini paling kurang sekali sehari. Sementara menjalankan latihan ini , ikuti lah petunjuk yang diberikan dalam fasal tentang keyakina itu. Anda dapat gambaran jelas tentang diri anda dalam memiliki wang itu.
Kami kemukakan satu fakta yang sangat penting . Keadaan bawah sedar akan akan menerima apa sahaja yang disampaikan sebagai keyakinan mutlak, lalu bertindak sesuai dengan yang diperintahkan , meskipun isi perintah itu harus diulang-ulang sebelum dapat di serap oleh keadaan bawah sedar. Sebagai akibat daripada kenyataan ini , maka keadaan bawah sedar akan menerima sepenuhnya apa yang benar-benaranda yakini, iaitu jumlah wang yang ingati. Sehingga bawah sedar akan menyusun satu rancangan prektis untuk memperolehi jumlah wang itu.
Jalan fikiran itu akan berubahmenjadi satu bayangan didalam fikiran anda , sehingga fikiran itu akan meninjau apa yang anda sanggup dan mahu kerjakan untuk mengumpul sejumlah wang sebagai saluran hasrat demi memperolehi wang.
Jangan menunggu sampai bermaksud melakukan pertukaran khidmat urus niaga perdagangan untuk memperolehi wang, yang anda bayangkan. Itu. Segeralah bayangkan , bahawa anda telah memiliki wang itu. Walaupun dalam hati , hal ini baru merupakan satu tuntutan dan harapan sahaja. Yang penting ialah supaya anda mengalihkan gagasan anda gagasan yang diperlukan. Waspadalah dengan gagasan itu . Apabila gagasan itu muncul , maka gagasan itu akan melintasi bagaikan kilat kedalam daya fikiran anda melalui indera keenam dalam bentuk ilham atau inspirasi . Hargailah gagasan anda dan bertindaklah segera untuk menerimanya.
Dalam langkah keempat daripada enam langkah itu kapada anda diberi petunjuk ,untuk "menciptakan satu rancangan konkrit untuk melaksanakan hasrat itu, dan mulailah segera untuk menyalurkan gagasan itu menjadi satu perbuatan nyata". Hendaklah anda lakukan petunjuk ini sesuai dengan apa yang telah digariskan dalam perancangan yang terdahulu. Jangan mengemukakan "alas an-alasan" apabila anda mencipta rancangan dalam menghimpun jumlah wang yang anda inginkan. Alasanalasan yang anda kemukakan itu boleh memperlambatkan kemahuan . Anda akan kecewa apabila mengantungkan perlaksanaan itu sepenuhnya pada alas an-alasan.
Apabila anda sedang membayangkan jumlah wang yang dikehendaki dengan mata yang tertutup , maka bayangkan cara perlaksanaan khidmat atau pertukaran atau amalan perdagangan itu yang anda ingin selenggarakan sebagai imbalan untuk memperolehi wang itu . Hal ini sangat penting.
Enam langkah untuk merangsang keadaan bawah sedar.
Petunjuk yang diberikan berkaitan dengan enam langkah dalam fasal Dua itu akan kita berikan ikhtisarnya, dan kita padukan dengan prinsip yang terangkum didalam fasal ini sebagai berikut:
Pertama:
Pergilah kesuatu tempat yang sepi (lebih tepat kalau ditempat tidur anda sendiri pada malam hari) ditempat anda tidak akan terganggu langsung. Pejamkan mata anda , ulangi selalu sehingga anda boleh mendengar ucapan itu dendiri.
( 22 )
Kenyataan tertulis yang merangkumsejumlah wang yang ingin anda himpun itu. Sekali gus haruslah anda tetapkan batas jangka waktu anda hendak mengumpulkan wang itu, dan gambaran tentang bagaimana cara menyelanggarakan khidmat atau pertukaran kegiatan perdagangan yang ingin dilakukan sebagai imbalan untuk memperolehi wang. . Sementara menjalankan perlaksanaan usaha itu , maka anda harus membayangkan seolah-olah wang itu sudah berada ditangan anda.
Misalnya anda membayangkan bahawa anda bermaksud untuk mengumpul wang sebenar 50,000 dolar menjelang 1 Januari enam tahun kemudian dari saat ini . Anda akan memperolehi wang itu dengan jalan melakukan khidmat sebagai seorang jurujual . Maka kenyataan bertulis anda berbunyi demikian:
" Pada Januari tahun sekian , saya harus memiliki wang 50,000 dolar , yang akan saya perolehi daripada penghasilan selama waktu itu.
" Sebagai imbalan terhadap jumlah wang itu , maka saya akan menyerahkan tenaga saya sebaik-baiknya sekuat kemampuan saya , memberikan khidmat sebaik-baiknya , baik secara kuantiti mahupun kualiti dalam memikul tugas sebagai jurujual dalam bidang (pilihan khidmat atau perdagangan yang ingin ditukar dengan jumlah wang itu)"
Aku yakin dan pasti dapat memperolehi wang ini. Keyakinan kukuh , sehingga boleh nampak dengan nyata wang itu didepan mataku. Aku boleh merasa dengan jari-jariku sendiri. Aku hanya perlu menunggu waktu untuk menjadikannya kenyataandengan cara menukarkan khidmat atau tindakan perdagangan sebagaiimbalannya. Aku sedang menunggu perlaksanaan satu gagasan yang akan mengumpul jumlah wang itu , dan aku akan mengikuti secara tetap perancangan ini sampai aku menerima wang itu dalam bentuk kenyataan.
Kedua:
Ulangi kegiatan itu siang dan malam , sampai anda sendiri membayangkan atau melihatnya dengan nyata wang yang hendak dikumpulkan itu.
Ketiga
Tempatkan sehelai kertas atau papan yang mudah anda baca pada waktu siang dan malam, yang mengandungi pernyataan itu. Baca sebelum dan setelah anda bangun tidur, sehingga memahami betul-betul isinya.
Ingat
Sementara menjalankan petunjuk ini , anda sedang menerapkan prinsip pendapat sendiri , dengan tujuan sengaja hendak memberi perintahkapada alam bawah sedar anda. Hendaklah anda ingat juga bahawa keadaan bawah sedar anda itu akan bekerja atau bertindak atasarahan yang diwarnai oleh emosi . Keyakinan itu ialah hasil emosi yang paling kuat . Ikuti petunjuk yang diberikan dalam keyakinan itu.
Petunjuk ini pada permulaannya seperti abstrak , tetapi anda tidak perlu menghiraukan hal ini. Ikut saja petunjuk ini , betapa abstrak dan tidak prektisnya sekalipun . Memang mula-mulanya demikian . Akan tetapi saatnya akan tiba , apabila anda mengerjakan apa yang sesuai seperti yang diberitahukandalam petunjuk ini. Baik menurut keyakinan batin anda mahupun dalam bentuk perbuatan anda . Satu tenaga baru dari alam semesta iniakan muncul terungkap.
( 23 )